Kadang-kadang saya fikir macam kita dah buat keputusan yang salah. Awak
dah bercinta dengan seorang wanita pemarah. Dan bila saya marah, awak
gelisah. Sampai satu tahap saya terfikir kita patut berpisah. Tapi saya
tak pernah luah, sebab cinta saya pada awak masih tak berubah.
Tapi, entahlah.
Kadang-kadang kita gaduh sebab benda kecil yang tidak ada kena mengena.
Saya perasan keserasian kita macam tak ada, macam hilang seketika. Dan
akhirnya saya mengalirkan air mata. Ada salah saya. Ada salah awak juga.
Tapi kita suka pendam rasa. Akhirnya semua tergantung begitu saja.
Sumpah saya pernah cuba berubah banyak kali. Tapi bila berubah saya
rasa saya tak jadi diri sendiri. Saya rasa macam hidup dalam tubuh badan
orang yang saya tak kenali. Biarlah saya jadi diri saya sendiri
walaupun itu buat orang benci.
Saya tahu kadang-kadang
saya kasar. Tapi saya tak lupa hati awak itu yg sebenar. Saya nampak
perasaan awak pada saya tak bertukar.
Awak masih perlukan saya dengan mesej-mesej yang awak hantar. Awak masih
setia walaupun hubungan kita dilanda halilintar.Awak masih sabar.
Saya tahu awak mahu kekasih yang baik hati. Saya tahu awak mahu kekasih
yang tak menyusahkan hidup awak setiap hari. Saya tahu awak mahu kekasih
yang buat awak happy. Saya tahu awak mahu kekasih yang tak menyakitkan
hati. Saya tahu lelaki seperti awak layak untuk dapat kekasih yang
baik budi pekerti, bukan sensitif tiap mase sebegini.
ps : Saya cuma mahu awak bahagia meskipun kebahagiaan itu bukan dengan saya :))
No comments:
Post a Comment