Sudah agak lama tidak berhubung dengan seseorang yang dulu pernah menjadi sahabat sejati aku. Kami pernah rapat tapi berjauhan
bila dia memilih haluannya sendiri. Berhubung semula hanya kerana satu
mesej yang cukup melegakan hati. Berat hati namun ku hulurkan pelawaan memakse beliau ke rumah ummi.
Tidak ada beza dia dulu
dan dia sekarang. Aku tetap mengganggapnya perempuan malang. Bila dia
bertengkar dengan kekasih atau adik kakaknya, dia tidak pernah menang.
Penat aku mengajarnya strategi untuk menang bila lawan memberi hujah
tapi dia tetap gagal menyerang. Dia juga anak yang tidak mendapat
apa-apa daripada ibu bapanya dengan senang. Pernah dia mengeluh betapa
kejamnya kehidupan yang harus dia renang.
Pernah juga dia
kata, setiap malam dia akan mendengar lagu yang memberi inspirasi
kepadanya. Lagu Taylor Swift antara pilihan utama. Aku ketawa. Aku tak
tahu kalau dia terasa bila aku kata kalau dia bercinta dengan radio dia
pasti akan bahagia. Aku terus ketawa. Hebat sumber inspirasi dia.
Telefon bimbitnya berbunyi. Tiba masa dia mengundurkan diri. Bakal
tunangnya akan tiba bila-bila masa untuk mengambilnya pulang setelah td menghantar dia ke mari. Dia mengeluarkan kad jemputan diselitnya di bawah pasu bunga plastik ummi.Dia bangun melangkah pergi.
Aku termenung
sebentar. Tersengih sendirian memikirkan kata-kata yang pernah aku
lempar. Perempuan yang tidak selalu menang bila bertengkar, perempuan
yang mendapat inspirasi hanya daripada lagu yang didengar, perempuan
yang emosinya tersentuh dalam keadaan tak sedar, perempuan yang
terkejar-kejar, perempuan yang hidupnya susah tapi masih mampu bersabar,
semuanya layak digelar perempuan pendekar. Perempuan yang telah
mengharungi pelbagai perkara tapi tidak pernah gentar.Itulah perempuan sebenar.
ps : Behind every beautiful girl, there is a dumbass guy
who did her wrong and made her strong ;)
No comments:
Post a Comment