Tatkala aku menyelam ke dalam dua matamu yang jernih bergenang.. kita tahu kita takkan jadi satu.. bergaduhlah awan...
Thursday, 12 July 2012
~ JATUH ~
Hari tu aku jatuh terduduk kerana terpijak kulit pisang. Aku bangun dan terus berjalan. Aku jatuh tersungkur pula kerana tersadung batu. Aku bangun tapi tak terus berjalan. Aku duduk. Aku checked apa yang cedera. Banyak calar dan luka. Ankle aku lak sakit sangat. Nasib baik rumahku dah dekat. Perlahan-lahan aku bangun dan berjalan pulang ke rumah. Aku bersihkan calar dan luka. Kemudian kububuh ubat. Tapi ada luka yang dalam dan ada batu kecil di dalamnya. Perlahan-lahan kukeluarkan batu itu. Sakit dan pedih. Ada lebam. Lalu kutuam. Sedikit demi sedikit ankleku membengkak. Terseliuh agaknya. Berhari-hari aku sakit kaki. Aku diam sahaja dalam rumah.
Aku menyalahkan kulit pisang, si pembuang kulit pisang dan batu yang jadi penyebab aku jatuh. Tapi kemudiannya aku berfikir bahawa agaknya Allah menegur diriku yang “berlenggang-lenggok terkedek-kedek” di atas muka bumiNya ini dengan angkuh dan riak. Lalu Dia menegurku dengan sedikit “jentikan” agar aku “terjatuh” dan merasa sedikit “kesakitan”.
Aku cepat-cepat memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana Dia “menegur”ku. Kalau tidak, pasti aku hanyut dan terus ber”catwalk” perasan diri tu hebat dan anggun. Nasib baik Dia “tegur” aku dengan kelembutan. Alhamdulillah…
Dan kini, kaki, calar, lebam, dan lukaku telah sembuh. Cuma ada parut luka yang dalam itu. Tapi tak pe le. Itu kujadikan sebagai REMINDER.
Setelah yakin sembuh, aku bangun dan berjalan perlahan-lahan ke luar rumah (tapi masih dengan high heel 5 inciku). Tapi kali ini aku berjalan dengan kesederhanaan dan rendah diri. Akan kubuang sikap angkuh dan riak itu.
Sesekali aku menoleh ke belakang untuk melihat jika ada yang tercicir. Kalau penting dan perlu, aku patah balik untuk mengutipnya tapi kalau hanya perlu tapi tak penting, aku tinggalkan sahaja. Apa-apa sahaja yang ada di kiri dan di kananku, kini kuanggap sebagai hiasan alam yang ingin memukauku. Biarlah. Cukuplah kunikmati dengan mata sahaja. Bukan kunikmati dengan hati dan akal. Apa yang pasti aku akan berhati-hati melalui setiap jalan untuk ke mana-mana sahaja destinasiku. Aku tidak mahu ter”jatuh” lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment