aku dah bosan bercinta. Itu kata dari mulut dia. Bosan kerana cinta lama dianiaya. Kasihan juga. Hampir gila dibuatnya.
Yang seorang lagi kunci hatinya. Dia
tidak mahu lagi jadi seorang yang mudah jatuh cinta. Tidak mahu lagi
jadi seorang yang mudah termakan pujukan kata-kata.
Dia
pula lebih gemar berkawan daripada ada rasa cinta. Walaupun dia ramai
kawan berlainan jantina bagi dia semua sama. Dia tahan hati dia. Pernah
juga dia tewas tapi dia lawan kata hati yang meminta. Bila hati
bersuara, pasti hati itu menangis hiba.
Pasti
ada suara yang kata cinta Tuhan yang kekal selamanyaA. Tidak perlu
ingatkan itu semua. Itu memang lumrahnya. Cuma mereka di atas ini
istimewa. Sebab susah mahu cari manusia yang tidak percaya pada cinta.
Ini
peringatan kepada yang belum bercinta. Hanya kerana seseorang pada masa
lampau membuat hati anda patah sejuta, tak bermakna seseorang pada masa
akan datang akan melakukan perkara sama. Teruskan percaya.
ps : moge jodoh aku sihat2 saje di sane :))
No comments:
Post a Comment