Bengang...Nasib malang datang. Serba tidak kena dari malam sampai ke siang. Kalau
ada sayap mahu sahaja terbang dan mendarat di bintang. Duduk di sana
lagi senang.
Tetikus ditekan. Lagu mula kedengaran. Sekejap rancak sekejap perlahan.
Mata
ditutup telinga dipasang rapi. Satu per satu perkataan diamati. melayani muzik rancak atau perlahan tadi. Fokus pada lirik yang
ditulis secara terperinci.
Dari
dulu lagu menenangkan aku. Cuma hari ini baru aku tahu. Muzik
memberitahu bahawa tak salah untuk rasa takut, sendirian atau pilu.
Sebab kadang-kadang itu yang manusia perlu.
ps : Terima kasih lagu kerana selalu ada bersama saat semua orang tiada ;)
No comments:
Post a Comment