Sunday 26 August 2012

KISAH PAKU DI SEKEPING DINDING


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita... :))


ps : iyerp..Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.. :))

Wednesday 15 August 2012

" what's meant to be will always find its way "

Setiap manusia ada ceritanya. Fikirkan tentang seseorang yang kurang mendapat tempat dalam hati kita. Seseorang yang mungkin kita tak suka. Pasti ada sebab kenapa kita membenci sesetengah manusia. Mengapa? Simpan dahulu jawapan kita. Tanya diri kita, pernahkah kita terfikir tentang mereka. Percayalah, ada sebab kenapa mereka menjadi sebegitu rupa. Mereka bukan jadi mereka kerana mereka mahukannya. Sesuatu yang berlaku pada masa lalu yang mencipta mereka yang baru dan kadang-kadang mustahil untuk memperbetulkannya. Buka mata buka minda. Bukan manusia sahaja malah setiap yang terjadi tak kira bila, di mana atau bagaimana, pasti ada sebabnya.

Kehidupan adalah guru yang paling berjasa dalam hidup ini. Hari berganti hari mengajar kita percaya setiap yang berlaku ada sebab yang tersendiri. Kita pasti pernah rasa orang di sekeliling kita berubah tapi ia sebenarnya mahu kita belajar cara untuk melepaskan seseorang itu pergi. Bila perkara yang tak sepatutnya terjadi, terjadi, ia mengajar kita untuk lebih menghargai bila semuanya normal kembali. Bila ditipu dan tersilap percaya, ia mengajar kita untuk lebih percaya ada diri sendiri. Bila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang indah pergi, kita belajar percaya agar sesuatu yang lebih indah akan hadir suatu hari nanti.

Berdiri di depan cermin dan lihat diri sendiri. Jangan lihat dari kepala sampai kaki tapi lihat sekali jiwa dan hati. Lihat siapa yang sedang berdiri. Adakah itu diri kita sendiri, atau diri kita yang orang mahu kita jadi.


Biar kita kawal hidup kita sendiri. Tiada yang layak suruh kita buat itu ini.
 
ps : duduk termenung kenang kisah hidup sendiri... :))

Saturday 11 August 2012

wanita itu :)

seorang wanita...
tak pernah kenal erti kalah
tak pernah mahu mengalah
tak pernah ingin tertewas
tak pernah termimpi akan tertindas


seorang wanita...
hanya ingin bahagia seadanya
hanya mahu tersenyum semanisnya
hanya akan terus berdoa tanpa hentinya
seiring waktu yang dia ada
sepantas usia peralihannya

seorang wanita...
kadang-kala hanya berbicara dengan air mata
bila bibir tidak mampu bercerita 
namun satu yang masih utuh di hatinya adalah HARAPAN...
semoga hari esok masih indah... :))


Tuesday 7 August 2012

yes i will

When you lose someone..someone you love..
when they break your heart..
it’s the hardest thing you could ever go through..
and no matter how much time has passed..
it never really goes away..

You may think you’re getting better..
but then you get a flashback..
or hear a song that reminds you of a memory..
and it hits you all over again..

all at once..
like a stab in the chest..
You fall apart for the hundreth time..
and you feel like you just want to crawl under a rock and never come out..
You love this person with all of your heart..
even though you know you shouldn’t..

They hurt you worse than you’ve ever been hurt..
They stole your happiness..
But yet, you still want them, and only them...

Other people come along and give you chances to move on..
but you know you don’t want to...
It upsets you that you might be moving on..
because you promised you never would...
And even if they broke all of their promises..
you want to keep yours...

On top of that, you’re terrified...
Terrified of getting hurt again..
But it’s not like that matters anyway...
At the end of the day..
you’re still thinking about that person..
who has left you completely broken...

You don’t want to miss them anymore..
You don’t want to love them anymore..
but you know you always will. ♥


ps : yes i am...i always miss u :((

~CINTANYA AWAN PADA HUJAN~

“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..

“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan

“Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..

Hujan tersenyum sambil berkata “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”

Awan terdiam....

“Aku harus patuh pada perintah ALLAH. Dan kau pun harus akur pada takdirNYA.

DIA tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...

Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...

“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...

Hujan sebak menahan perasaan....

“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..

Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....

“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...

Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara.

Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan.
Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.
Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi...Kamu lihat bukan?

Subhananallah...
 
 

Sunday 5 August 2012

kita buat cinta itu nampak kotor

Cinta. Mengenali sebuah cinta tidak semudah menyebut perkataan cinta itu sendiri. Seringkali telinga ini disuap lagu-lagu cinta di corong radio. Seolah-olah cinta itu amat indah. Betul. Memang indah jika semuanya sempurna. Tapi bila retak dan perlahan-lahan merekah cinta, yang dipuja selama ini cuma indah khabar dari rupa. Bukan?


Pernah aku cuba jadikan cinta itu mudah. Kerana aku bosan putus cinta kerana kesukarannya. Setahu aku cinta itu tidak menyusahkan. Cuma sedikit ego, perasaan tidak puas hati, tidak bersyukur, janji yang terabai, penantian yang tiada penghujungnya, salah sangka, dan semua perkara yang menyakitkan menyebabkan cinta itu menjadi tidak cantik. Kotor.

Dan aku gagal. Cinta itu tidak semudah yang disangka. Tidak semudah menyebutnya. Menjaga cinta, umpama menjaga hati seseorang yang kita tidak kenal. Berkawan bertahun tidak bermakna anda layak menjaga hatinya. Menjaga hati seorang kawan berlainan jantina jauh lebih mudah daripada menjaga hati seorang kekasih.

Aku pernah merasai keindahan dengan terkorban nye cinta pertama.
Aku pernah merasai kekejaman dalam percintaan yang kedua.
Aku pernah merasai ketidakadilan darjat dalam episod cinta yang ketiga.
Aku pernah merasai kegagalan cinta keempat walaupun dijaga setiap masa.

Dan aku tidak pernah meletakkan seratus peratus kegagalan setiap kisah cinta aku di bahu dia. Kerana aku sendiri melakukan kesilapan. Dan aku tidak menyesal dalam setiap kegagalan itu. Benar, ada antaranya salah aku. Tapi memulakan sesuatu yang baru lebih baik daripada meratapi kegagalan yang ada.


cinta mengajar aku, perkataan 'Maaf' tidak menjanjikan dua hati akan bersatu kembali. Dan semudah janji diungkap, memungkirinya lebih mudah daripada mengotakannya. Terima kasih cinta untuk segalanya.

Tahniah...Kita buat cinta itu nampak kotor...

ps : pasti ade seseorang tersenyum bile awk berlalu tinggal kan sy..... :))

terima kasih lagenda..

Itu dia! Di atas podium berbaju oren Harimau Malaya. Berdiri bersama kalungan pingat perak di dada. Berdiri bersama air mata. Air mata seorang wira negara. Air mata yang menceritakan bagaimana berat bebanan yang digalas di bahu seorang lelaki berbangsa cina yang membawa nama Malaysia. 


"I'm sorry". Itu tweet pertama daripada jejaka ini. Sebak rasa hati. Pemuda pendiam ini lebih memikirkan perasaan penyokongnya berbanding kejayaan peribadi.

Tak apa Lee Chong Wei, tak apa. Kau tetap berjaya. Kau berjaya memenangi hati ramai manusia. Memang benar Lin Dan pemenangnya. Tapi juara sebenar bukan yang memenangi tempat pertama. Juara sebenar adalah orang yang membuat negaranya bangga. Kau tetap juara!

Kau buat perpaduan menjadi realiti. Kau ubah mentaliti. Kau jadi insipirasi. Kau sematkan jati diri. Kau buat rakyat semakin bersatu tanpa disedari. Kau berjaya realisasikan janji yang masih gagal ditepati sampai hari ini. Kau buktikan sukan ada kuasa yang tersendiri. Untuk ini, kau seharusnya dijulang tinggi. Secara peribadi, aku tak perlukan emas Olimpik asalkan kau ada di sini.

Terima kasih sebab bagi aku harapan di temasya sukan terbesar di dunia. Terima kasih sebab bagi aku percaya gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Terima kasih sebab bagi aku sedar kecederaan bukan halangan untuk berjaya. Terima kasih sebab menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Terima kasih, lagenda.

ps : Peluh yang kau titiskan lebih berharga daripada Baskin Robbins yang orang ramai rebutkan ;)

if u luve me so much..why u walking away ??

Kerap lidah menyebut dan telinga mendengar ayat, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang akan disedari selepas berlaku sesuatu perkara atau tragedi. Cuma bergantung pada kita untuk mengambil pengajaran atau terus berdegil diri.

berkali kali putus cinta, tidak bermakna aku takut untuk jatuh cinta sekali lagi.


Lazimnya dalam hidup, seseorang akan jatuh cinta sebanyak tiga kali. Pasti pernah sekali, jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Dan akhirnya ia menjahanamkan satu hubungan persahabatan yang pernah terjalin rapi. Tapi ada hikmahnya tersendiri. Ia mengajar erti sahabat sejati. Ia mengajar bahawa dalam persahabatan, ada garisan yang tidak seharusnya diseberangi. Aku sendiri pernah rasai.
 
Kemudian, yang keduanya, pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang dirasakan sempurna. Walaupun ada yang menegur bahawa tidak ada manusia yang sempurna, dia tetap sempurna dan indah di mata kita. Sebelum kita sedar kesilapan yang kita buat tanpa sengaja. Namun kesilapan itulah yang akan mengingatkan kita, walau sebaik atau sejujur mana si dia, dia tetap manusia biasa. Dia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang membuatkan hati orang yang menyanjungnya terluka.
 
Dan yang ketiga, pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang kita rasa sama seperti kita. Seseorang yang bila bersama, membuat rasa selesa bertambah selesa. Seseorang yang berkongsi citarasa. Seseorang yang belum diberitahu, sudah dapat meneka apa kita rasa. Seseorang yang dalam satu masa, menyukai kita dan kita menyukai dia. Dan adakalanya ia berakhir juga. Tapi persinggahan dia dalam hidup kita mengajar kita kenal siapa kita. Mengajar kita melihat kita tanpa bantuan cermin atau sesiapa.


Melalui semua ini, atau salah satu daripada ini, menyedarkan kita bahawa orang yang paling kita jaga tidak bererti tidak menyakitkan kita. Dan orang yang kita sakiti adalah orang yang paling memerlukan kita dalam hidupnya.
 
Di penghujungnya, cinta, sama seperti cantik dan seksi, berada dalam kumpulan yang sama. Subjektif untuk diucap dengan kata-kata. Erti cinta tak sama bagi setiap manusia. Yang sama ialah setiap manusia ada perasaan cinta dan ingin dicinta.
 
Jangan bandingkan cerita cinta kita dengan cerita cinta dalam drama. Cerita cinta drama ditulis oleh manusia. Cerita cinta kita ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Percaya padaNya sebelum percaya pada cinta.
 
ps : I believe everything happens for a reason, good or bad ;)

lepaskan dy pergi....

" mengerti kah kasih kelakuan kamu sungguh sgt menyiksa aku...padahal ku beri apa yg kau mahu tapi kau x mengerti aku...saket nya hati ku..dgn semua cara mu..bile kau terus begini..nanti ku bisa pergi..." tiap kali aku dgr lagu " jangan bertengkar lagi " ni compom aku sedey..seolah lagu ni luahan hati aku sendiri..hari2 aku gaduh dgn dy..kdg2 sbb yg ntah pape...tapi semalam aku sgt terase....sgt3 terase... :))


bile aku bg madu org balas racun..bile aku da usahe x nmpk hasil nye..aku rase penat dgn sume ni...aku cube terime dy seade nye..sikit aku xpena komplen..aku cube buat dy nmpk hebat di mate sume..tp sikit dy x pernah rase...aku cube dan terus cube..tp ape yg dy cube tuk aku ??? bile aku tye blk pd diri aku sendiri...aku rase mule kalah dgn sume ni....mungkin kah aku akan mengalah ??

dunia cinta selalu x menyebelahi aku...aku mmg suke cube sesuatu yg baru..tapi yg kali ni aku rs dy laen...dy ikhlas syg kan aku..mungkin kah aku salah nilai dy ??? mungkin kah aku buang permate dan aku pilih kace ?? aku tertanye lagi..jawapan nye aku sendiri x pasti... :((

jujur aku syg kan dy.....tmpt dy dihati aku susa tuk org laen ganti..aku cube berkali2...cubaan tuk lupekan dy aku selalu kalah...aku x mampu buat..mmg aku kuat..aku wanita yg sgt kuat..tp kenape kali ni aku jd lemah..kenape aku jd mcm ni ??? tuk kesekian kali nya aku tertanye lagi..ape pengorbanan yg dy da buat tuk aku smpai aku jd begini......nothing...... :|

bile berulang kali dy mintak aku pergi....itu lah kate2 yg paling menyikse aku..aku buke hati..aku pilih yg aku mau..bkn tuk aku tinggal kn semule bile aku da x perlu..itu bkn aku...what should i say..what should i do...let him go...or i will go....keliru nye aku....tuhan tlg la aku... :'(

andai itu yg terbaek untuk kami mungkin aku harus hormat keputusan dy...kate ummi jgn sesekali pakse org terime kite...sbb kite ade harga...jgn sesekali tunjuk kite lemah di mate dy..sbb kekuatan tu ade pd kite...mungkin aku perlu pasrah..pertemuan ini cume seketike.....persinggahan yg tade makne..x mengape ekin...biar kan saje dy pergi....mungkin dy bukan jodoh aku... :))

tiap perancangan itu x semestinye ketemu kesudahan yg indah seperti yg kite impi..byk yg aku rancang tuk kami..sies terlalu byk....mungkin aku patut luput kan saje semua nye....biar kan berlalu....hikmah nye insyaallah nanti aku ketemu..selamat tinggal sayang..selamat tinggal pujaan..aku pergi sbb itu yg kau mahu dr aku... :))


ps : aku doakan dy bahagie..walau bahagie itu bukan dgn aku.... :))



Saturday 4 August 2012

oh cinta bg sy..

Cinta itu menyakitkan jiwa raga. Itu pernah aku kata. Manusia yang pernah kecewa bercinta mesti mengatakan benda yang sama. Tapi kadang kala aku terfikir cinta itu tidak sakit seperti disangka. Bersendiri lebih sakit rasanya. Kena reject lebih pilu sebenarnya. Hilang seseorang yang disayang jauh lebih seksa. Rasa dengki lebih teruk daripada sakitnya cinta. Tapi kerana semua rasa itu berkait dengan cinta, maka cinta yang jadi sasaran utama. Sedangkan cinta sebenarnya benda dalam dunia ini yang menutup segala derita dan buat manusia rasa bahagia.
 Jika anda sedang bercinta, teruskan.
Jika anda tidak bercinta, biarkan.
Ada orang, bila putus cinta, mula bercakap tentang kematian. Mungkin mati lebih baik daripada terus dihimpit seksaan percintaan. Anda rasa itu bodoh, bukan? Sebenarnya tidak seperti yang disangkakan. Kenyataannya, dia sedang meminta kekuatan. Dia tunggu seseorang datang menyelamatkan dia dari gaung kesedihan. Tiada manusia mahu mati selagi dia belum dapat apa yang dihajatkan.
Ada pula orang, sangat takut bila bersendirian. Memang senang dilihat ketakutan itu dalam diri perempuan. Lelaki lebih selesa memendam perasaan. Lelaki juga takut, tapi disimpan. Lelaki lebih takut jika dia hanya setakat menjadi abang atau kawan. Sedangkan lelaki, sama seperti perempuan, mahu menjadi segalanya bagi seseorang yang bergelar pasangan. Jangan menyesal dengan cinta yang dihantui kegagalan. Semua yang menggembirakan, itu kenangan. Semua yang menyedihkan, itu pengalaman. Kita merancang, Dia yang tentukan. 
"Easy come, easy go. People's come, people's go..." Terimalah hakikat, diri kita cuma satu persinggahan sahaja. Anggaplah kita umpama watak dalam buku cerita. Bila muka surat terakhir melabuh tirai, semua cerita setiap watak terungkai. Dan anda letakkan buku itu di tepi dan mulakan lagi dengan buku yang baru. Buku cerita yang lengkap dengan watak, plot, tema dan semuanya yang berbeza dengan buku sebelum itu. Sekarang, anda sedang fokus kepada satu watak baru dalam buku yang baru, bukan watak buku yang dulu. Sama seperti hidup yang anda katakan berliku. Yang berlalu, biarkan berlalu. Kuatkan semangat dan terus maju. Sentiasa doakan dia bahagia tanpa kamu. Kerana kebahagiaan yang menanti kamu lebih manis daripada yang dulu... :))
ps : aku x pernah takut untuk jatuh cinta lagi... :))

Friday 3 August 2012

sy fobia dgn lelaki x setia

sy pernah jatuh cinta..sy pernah bahagie..sy pernah terluka..dan sy pernah di dua kan..kerana itu sy sgt2 fobia dgn lelaki yg x setia....lelaki yg x jujur..lelaki yg x dpt memberi hati nye hanye tuk seorang wanita yg dy cinta....membahagi hati itu ade lah satu perkare yg sgt sy x suke...x suke..x suke..dan x suke... :((


maaf andai cemburu sy itu cemburu buta...cemburu yg x dpt sy beza benar atau salah nye...maaf bile mara sy itu melulu..marah yg x dpt sy kawal baek buruk nye....maaf andai emosi sy selalu begitu...hingge sy terlupe care tuk menilai mane kawan..mane lawan..dan mane satu teman yg ade di hati kamu itu....buruk nye perangai sy....maaf ye.. :|

dulu sy x begitu..sy percaye bile sy mberi hati si dy pasti setia....sy percaye bile sy ikhlas si dy begitu juge..tp salah bile cinta yg sy beri di balas dgn racun berbise..saat sy mberi hati sy mahu iye nye di jage rapi...bkn saat dah dimiliki kamu boleh mencampak nye sesuke hati...sy takot di dua kan lagi...sy x mampu tuk tempuh perkare yg same berulang kali....ye sy fobia dgn lelaki yg x jujur dan hebat bermain kate2 cinta dgn wanita laen di belakang sy....

andai kamu rs x sesuai dgn care sy...x mengape...kamu sy izin kan berlalu...cemburu sy mungkin bole buat kamu keliru...marah sy mungkin bole timbul kan berbagai persoalan di jiwe kamu....sy mmg begitu...merubah nye mungkin sy mampu cuba..tapi hasil nye mungkin x seperti yg kamu pinta....itu la sy....sbb sy syg kamu..sy jd begitu...

ps : bila sy x mampu jd yg terbaek...mungkin kah kamu maseh rs sy yg terbaek di hati kamu ?? tertanye sendiri.... :((

Thursday 2 August 2012

ekin cube jawab soalan itu :))

Seorang rakan pm aku menceritakan tentang masalah dalam hubungan dia dengan kekasihnya.Banyak kali aku membaca dan meneliti ayat-ayatnya. Serba salah dalam hati.mampu kah aku menjawab persoalan ini..tanye nye tentang lelaki dan tentang care memujuk hati lelaki yg di cintai...aku cube.. :))




Ini mungkin bukan cadangan. Mungkin juga bukan cara memujuk lelaki yang dalam kesedihan. Cuma anggap ini kata-kata wanita kepada lelaki supaya dia lebih memahami dan menghargai wanita.

Hari ini, antara benda paling rumit ialah lelaki. Jika wanita melayannya dengan baik, dia anggap wanita jatuh hati. Jika tidak, dia anggap wanita itu hidung tinggi. Jika wanita tampil cantik menawan, dia anggap wanita inginkan perhatian. Jika tidak, wanita dituduh kekampungan. Lelaki menuduh wanita kejam jika menyakitinya. Tapi bila dia menyakiti wanita, wanita dikatakan sensitif dan manja. Jika wanita menyatakan semua ini kepada lelaki, mereka pasti bersumpah ini semua tidak benar sama sekali. Maaf jika perenggan ini menyakitkan hati ramai lelaki. Tapi ini realiti.

Bercinta bererti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai. Tidak kira lelaki atau wanita. Jadi di situlah terbit rasa percaya. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindungi anda sepenuh jiwa dan raga.

Sayangilah dia seadanya. Anda terpikat dengannya sedangkan ada ramai lagi manusia berkarakter berbeza. Jadi anda nampak keistimewaan dia. Jangan terlintas untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya akan mengubah dirinya. Cuba imbas kembali, anda terpikat dengannya kerana dia adalah dia. Berubah yang aku maksudkan ialah perubahan dirinya, bukan dari segi akhlaknya.

Ingat. Janganlah bangga dengan diri anda selepas dapat memenangi hatinya kerana itu adalah anugerah yang boleh ditarik bila-bila masa. Jagalah dia sementara ada bersama. Dia memilih anda kerana dia percayakan anda. Dan anda harus ingat, adalah sangat susah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita.

Sebagai langkah persediaan, jika ditakdirkan hubungan anda putus di tengah jalan, jangan tinggal dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan menangis kekecewaan malah jiwanya juga akan mati perlahan-lahan. Walaupun sukar untuk meneruskan hubungan walaupun sebagai kawan, biarkan dia tahu alasan yang akan diberikan. Supaya dia tahu dia akan berjumpa yang lebih baik pada masa hadapan.

Seringkali kita mendengar orang berkata, kita takkan sedar apa kita ada sehinggalah dia meninggalkan kita. Tapi sebenarnya, kita tahu apa kita ada, cuma kita tak tahu bila kita akan kehilangannya. Hargai apa kita ada hari ini kerana kita mungkin kehilangannya esok hari.
 

Tak tahu entry ini dapat membantu atau tidak.
Cuma menulis dari hati wanita yang separuh jiwanya sudah pergi.
.. :))

ps : Maybe God has a bigger plan for me than I had for myself ;)

boleh ke saya nak jadi kawan awak semula ??

Dan akhirnya seorang lagi kawan mula renggang. Kemesraan yang pernah ada kian hilang. Pada awalnya semua elok dan tenang. Namun semua berubah bila timbul rasa sayang. Sempadan antara teman dan kekasih cuba direnang. Tapi malang ia terhalang.


Bukan salah dia sepenuhnya. Aku salah juga. Aku buka hati untuk bercinta. Aku terima dia seadanya. Aku kongsi suka dan duka. Aku memberi bahu untuk dia bersandar bila hiba. Semua dengan harapan rasa cinta akan tiba. Tapi tidak berjaya. Silap aku aku rasa.


Dia kawan yang hebat. Dia kawan yang memberi oksigen bila aku penat. Dia buat aku rasa sihat di saat aku sepatutnya tenat. Dia sumber inspirasi bila aku rasa aku tidak kuat.


Semua itu telah berlalu. Kalau aku minta maaf berjuta kali sekalipun tidak akan merubah apa-apa kerana semua telah berlaku. Cuma aku mampu berdoa semoga dia berbahagia tanpa aku. Semoga akan ada seorang wanita yang mampu mengubat hati dia yang sayu. Tapi kenyataannya sangat berbeza antara dia dan aku. Sebab itu agak mustahil dua hati itu cuba bersatu.


ps : Saya rindu awak sebagai kawan macam dulu-dulu. Sungguh tak tipu ;)

sudah tertulis... :))

Setiap kali aku tulis,
Aku cinta kan kau,
Tuhan makin menguji aku.

Setiap kali aku tulis, Aku rindukan kau,
Tuhan makin dan makin menguji aku.

Setiap kali aku tulis,
Namamu di dada aku,
Tuhan makin makin dan makin menguji aku.

Setiap kali itulah,
Tuhan membolak balik kan hati aku,
Berkata, cinta, rindu, percaya,
Tidak pantas untuk kau,
Hanya untukNya.

Yang pantas untuk kau hanya jodoh,
Dan sering kali itulah aku menyerah padaNya,
Supaya ditetapkan,
Cinta yang aku tulis,
Rindu yang aku tulis, nama mu yang aku tulis,
Kerana segalanya telah terdahulu ditulis..


Telah tertulis syg :))