Itu dia! Di atas podium berbaju oren Harimau Malaya. Berdiri bersama
kalungan pingat perak di dada. Berdiri bersama air mata. Air mata
seorang wira negara. Air mata yang menceritakan bagaimana berat bebanan
yang digalas di bahu seorang lelaki berbangsa cina yang membawa nama
Malaysia.
"I'm sorry". Itu tweet pertama daripada jejaka ini. Sebak rasa
hati. Pemuda pendiam ini lebih memikirkan perasaan penyokongnya
berbanding kejayaan peribadi.
Tak apa Lee Chong Wei, tak apa. Kau tetap berjaya. Kau berjaya memenangi hati ramai manusia. Memang benar Lin Dan pemenangnya. Tapi juara sebenar bukan yang memenangi tempat pertama. Juara sebenar adalah orang yang membuat negaranya bangga. Kau tetap juara!
Kau buat perpaduan menjadi realiti. Kau ubah mentaliti. Kau jadi insipirasi. Kau sematkan jati diri. Kau buat rakyat semakin bersatu tanpa disedari. Kau berjaya realisasikan janji yang masih gagal ditepati sampai hari ini. Kau buktikan sukan ada kuasa yang tersendiri. Untuk ini, kau seharusnya dijulang tinggi. Secara peribadi, aku tak perlukan emas Olimpik asalkan kau ada di sini.
Terima kasih sebab bagi aku harapan di temasya sukan terbesar di dunia. Terima kasih sebab bagi aku percaya gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Terima kasih sebab bagi aku sedar kecederaan bukan halangan untuk berjaya. Terima kasih sebab menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Terima kasih, lagenda.
ps : Peluh yang kau titiskan lebih berharga daripada Baskin Robbins yang orang ramai rebutkan ;)

No comments:
Post a Comment