Setiap manusia ada ceritanya. Fikirkan tentang seseorang yang kurang
mendapat tempat dalam hati kita. Seseorang yang mungkin kita tak suka.
Pasti ada sebab kenapa kita membenci sesetengah manusia. Mengapa? Simpan
dahulu jawapan kita. Tanya diri kita, pernahkah kita terfikir tentang
mereka. Percayalah, ada sebab kenapa mereka menjadi sebegitu rupa.
Mereka bukan jadi mereka kerana mereka mahukannya. Sesuatu yang berlaku
pada masa lalu yang mencipta mereka yang baru dan kadang-kadang mustahil
untuk memperbetulkannya. Buka mata buka minda. Bukan manusia sahaja
malah setiap yang terjadi tak kira bila, di mana atau bagaimana, pasti
ada sebabnya.
Kehidupan adalah guru yang paling berjasa dalam
hidup ini. Hari berganti hari mengajar kita percaya setiap yang berlaku
ada sebab yang tersendiri. Kita pasti pernah rasa orang di sekeliling
kita berubah tapi ia sebenarnya mahu kita belajar cara untuk melepaskan
seseorang itu pergi. Bila perkara yang tak sepatutnya terjadi, terjadi,
ia mengajar kita untuk lebih menghargai bila semuanya normal kembali.
Bila ditipu dan tersilap percaya, ia mengajar kita untuk lebih percaya
ada diri sendiri. Bila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang indah
pergi, kita belajar percaya agar sesuatu yang lebih indah akan hadir
suatu hari nanti.
Berdiri di depan cermin dan lihat diri
sendiri. Jangan lihat dari kepala sampai kaki tapi lihat sekali jiwa dan
hati. Lihat siapa yang sedang berdiri. Adakah itu diri kita sendiri,
atau diri kita yang orang mahu kita jadi.
Biar kita kawal hidup kita sendiri. Tiada yang layak suruh kita buat itu ini.
ps : duduk termenung kenang kisah hidup sendiri... :))
No comments:
Post a Comment