Seorang rakan pm aku
menceritakan tentang masalah dalam hubungan dia dengan kekasihnya.Banyak kali aku membaca dan meneliti ayat-ayatnya. Serba salah dalam
hati.mampu kah aku menjawab persoalan ini..tanye nye tentang lelaki dan tentang care memujuk hati lelaki yg di cintai...aku cube.. :))
Ini mungkin bukan cadangan. Mungkin
juga bukan cara memujuk lelaki yang dalam kesedihan. Cuma anggap ini
kata-kata wanita kepada lelaki supaya dia lebih memahami dan menghargai wanita.
Hari ini, antara benda paling rumit
ialah lelaki. Jika wanita melayannya dengan baik, dia anggap wanita
jatuh hati. Jika tidak, dia anggap wanita itu hidung tinggi. Jika wanita
tampil cantik menawan, dia anggap wanita inginkan perhatian. Jika
tidak, wanita dituduh kekampungan. Lelaki menuduh wanita kejam jika
menyakitinya. Tapi bila dia menyakiti wanita, wanita dikatakan sensitif
dan manja. Jika wanita menyatakan semua ini kepada lelaki, mereka pasti
bersumpah ini semua tidak benar sama sekali. Maaf jika perenggan ini
menyakitkan hati ramai lelaki. Tapi ini realiti.
Bercinta
bererti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai. Tidak kira lelaki
atau wanita. Jadi di situlah terbit rasa percaya. Percayalah kepadanya,
nescaya dia akan melindungi anda sepenuh jiwa dan raga.
Sayangilah
dia seadanya. Anda terpikat dengannya sedangkan ada ramai lagi manusia
berkarakter berbeza. Jadi anda nampak keistimewaan dia. Jangan terlintas
untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah,
selamanya akan mengubah dirinya. Cuba imbas kembali, anda terpikat
dengannya kerana dia adalah dia. Berubah yang aku maksudkan ialah
perubahan dirinya, bukan dari segi akhlaknya.
Ingat.
Janganlah bangga dengan diri anda selepas dapat memenangi hatinya
kerana itu adalah anugerah yang boleh ditarik bila-bila masa. Jagalah
dia sementara ada bersama. Dia memilih
anda kerana dia percayakan anda. Dan anda harus ingat, adalah sangat
susah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita.
Sebagai
langkah persediaan, jika ditakdirkan hubungan anda putus di tengah
jalan, jangan tinggal dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan
menangis kekecewaan malah jiwanya juga akan
mati perlahan-lahan. Walaupun sukar untuk meneruskan hubungan walaupun
sebagai kawan, biarkan dia tahu alasan yang akan diberikan. Supaya dia
tahu dia akan berjumpa yang lebih baik pada masa hadapan.
Seringkali
kita mendengar orang berkata, kita takkan sedar apa kita ada
sehinggalah dia meninggalkan kita. Tapi sebenarnya, kita tahu apa kita
ada, cuma kita tak tahu bila kita akan kehilangannya. Hargai apa kita ada hari ini kerana kita mungkin kehilangannya esok hari.
Tak tahu entry ini dapat membantu atau tidak.
Cuma menulis dari hati wanita yang separuh jiwanya sudah pergi... :))
ps : Maybe God has a bigger plan for me than I had for myself ;)
No comments:
Post a Comment