berkali kali putus cinta, tidak bermakna aku takut untuk jatuh cinta sekali lagi.
Lazimnya dalam hidup, seseorang akan jatuh cinta sebanyak tiga kali.
Pasti pernah sekali, jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Dan akhirnya
ia menjahanamkan satu hubungan persahabatan yang pernah terjalin rapi.
Tapi ada hikmahnya tersendiri. Ia mengajar erti sahabat sejati. Ia
mengajar bahawa dalam persahabatan, ada garisan yang tidak seharusnya
diseberangi. Aku sendiri pernah rasai.
Kemudian, yang
keduanya, pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang
dirasakan sempurna. Walaupun ada yang menegur bahawa tidak ada manusia
yang sempurna, dia tetap sempurna dan indah di mata kita. Sebelum kita
sedar kesilapan yang kita buat tanpa sengaja. Namun kesilapan itulah
yang akan mengingatkan kita, walau sebaik atau sejujur mana si dia, dia
tetap manusia biasa. Dia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang
membuatkan hati orang yang menyanjungnya terluka.
Dan yang
ketiga, pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang kita rasa
sama seperti kita. Seseorang yang bila bersama, membuat rasa selesa
bertambah selesa. Seseorang yang berkongsi citarasa. Seseorang yang
belum diberitahu, sudah dapat meneka apa kita rasa. Seseorang yang dalam
satu masa, menyukai kita dan kita menyukai dia. Dan adakalanya ia
berakhir juga. Tapi persinggahan dia dalam hidup kita mengajar kita
kenal siapa kita. Mengajar kita melihat kita tanpa bantuan cermin atau
sesiapa.
Melalui semua ini, atau salah satu daripada ini, menyedarkan kita bahawa
orang yang paling kita jaga tidak bererti tidak menyakitkan kita. Dan
orang yang kita sakiti adalah orang yang paling memerlukan kita dalam
hidupnya.
Di penghujungnya, cinta, sama seperti cantik dan
seksi, berada dalam kumpulan yang sama. Subjektif untuk diucap dengan
kata-kata. Erti cinta tak sama bagi setiap manusia. Yang sama ialah
setiap manusia ada perasaan cinta dan ingin dicinta.
Jangan
bandingkan cerita cinta kita dengan cerita cinta dalam drama. Cerita
cinta drama ditulis oleh manusia. Cerita cinta kita ditulis oleh Yang
Maha Kuasa. Percaya padaNya sebelum percaya pada cinta.
ps : I believe everything happens for a reason, good or bad ;)
No comments:
Post a Comment