Dan akhirnya seorang lagi kawan mula
renggang. Kemesraan yang pernah ada kian hilang. Pada awalnya semua
elok dan tenang. Namun semua berubah bila timbul rasa sayang. Sempadan
antara teman dan kekasih cuba direnang. Tapi malang ia terhalang.
Bukan salah dia sepenuhnya. Aku salah juga. Aku buka hati untuk bercinta. Aku terima dia seadanya. Aku kongsi suka dan duka. Aku memberi bahu untuk dia bersandar bila hiba. Semua dengan harapan rasa cinta akan tiba. Tapi tidak berjaya. Silap aku aku rasa.
Dia kawan yang hebat. Dia kawan yang memberi oksigen bila aku penat. Dia buat aku rasa sihat di saat aku sepatutnya tenat. Dia sumber inspirasi bila aku rasa aku tidak kuat.
Semua itu telah berlalu. Kalau aku minta maaf berjuta kali sekalipun tidak akan merubah apa-apa kerana semua telah berlaku. Cuma aku mampu berdoa semoga dia berbahagia tanpa aku. Semoga akan ada seorang wanita yang mampu mengubat hati dia yang sayu. Tapi kenyataannya sangat berbeza antara dia dan aku. Sebab itu agak mustahil dua hati itu cuba bersatu.
ps : Saya rindu awak sebagai kawan macam dulu-dulu. Sungguh tak tipu ;)
No comments:
Post a Comment