Saturday 14 September 2013

itu lah LELAKI .... :)

Ekin ade joint satu group dekat fb ni. group luahan rasa dan curahan hati. tak tahu mcm mane bole di added ke group mcm gini. tak pernah joint sembang cume bace2 bila bosan datang. kdg2 seronok sbb ramai lelaki yg suka sembang pasal bola, psl muvie dan mcm2 lagi... :)

tadi Topik bola dibuka. Habis diorang sembang tanpe dgr suara. bukan pasal bola malaysia je. sekali dgn antarabangsa. Semua cuba pertahan pasukan mereka. dia kutuk pasukan dia, dia balas semula. Habis keluar semua. Real Madrid banyak duit tapi tetap tak guna. Manchester United celaka. Permainan Barcelona bosan gila. Hebat Liverpool cuma pada nama. Chelsea ramai pemain hebat tapi main membabi buta. Dah macam perang dunia kedua.


Tiba-tiba topik beralih arah bila seorang dari mereka mencelah.
"Aku rasa aku dengan awek aku tak boleh nak selamat dah."
 

Keadaan perang tadi tiba-tiba reda. Semua memerah otak nak cari jawapan bagi soalan yang ditanya. mungkin Ada yang garu kepala. mungkin Ada yang sampai sepet mata. Seperti satu mesyuarat tergempar sebuah syarikat yang akan jatuh muflis pada bila-bila masa.

agak lambat yg lain menyambung bicara. Mungkin pelik sebab topic bola tiba tiba di ubah. lawak lawak bodoh tadi hilang dalam nada serius sekali. Serius sebab ini masalah kawan sejati. Tak guna jadi kawan kalau tak boleh tolong kawan sendiri.
 

senyum aku lihat perbualan mereka. Kebanyakan lelaki begitulah perangai dia. Bila dia gila, dia boleh gila-gila dan gila. Tapi bila dia serius, dia boleh jadi orang yang kau tak akan jangka.

 


 












ps : Lelaki tak cakap pasal awek masa lepak kecuali hal itu memang mustahak ;)

Sunday 8 September 2013

kenapa aku ??

Ada kawan bercerita yg dia putus cinta. kekasih kesayangan curang di depan mata. Mujur Tuhan tunjuk sebab Tuhan syg kan dia. sedih patah hati gundah gulana. Dia sedih gila. Nampak jelas di muka. Aku ajak dia bercerita untuk hilangkan duka. 

 "Kenapa aku?" 

Soalan yang dia tanya. Aku cuma mampu suruh bersabar saja. Ada hikmahnya. Hari ini mungkin tak nampak tapi siapa tahu esok lusa. Ini sudah ditentukan sejak mula. Kita manusia kena terima. Itu antara ayat yang keluar untuk tenangkan jiwa yang lara. 
 

Dia pulang. Harap dia bertenang. Takdir Tuhan memang tak ada siapa boleh halang. Cuma ada satu benda yang buat aku terbayang. Ayat yang dia sebut sentiasa berulang-ulang.
 

Dia, termasuk aku juga, selalu tanya soalan sama bila berlaku malapetaka. Mungkin saat itu akal tidak sempurna, kita persoal takdir yang menimpa. Sampai kita lupa itu ujian untuk kita. Ujian yang Tuhan bagi bukan untuk suka-suka. Ujian supaya kita ingat Dia Maha Berkuasa. Ujian supaya kita ingat kita cuma hamba. Tapi kita lupa. Begitu sifat manusia. Tuhan sendiri kata.
 

Aku pejam mata seketika. Aku terbayangkan saat aku berjaya, saat aku bergembira, tak pernah pula aku persoalkan soalan yang sama. Tak pernah aku tanya "Kenapa aku?" bila aku kaya. Tak pernah aku tanya "Kenapa aku?" saat aku bahagia dengan orang yang aku cinta. Tak pernah aku tanya "Kenapa aku?" bila aku mampu redah hujan dengan berkereta sedangkan ada orang yang terpaksa berteduh kerana bermotorsikal saja.
 

Hidup ini adil kalau dikira. Kita kata tak adil sebab kita tak tahu kesudahannya. Tuhan uji sebab kita ingkar arahan Dia. Tuhan uji sebab kita leka. Tuhan uji sebab Dia nak kita ingat Dia. Tuhan uji sebab Dia nak kita berusaha. Tuhan uji sebab Dia tahu kita mampu atasinya. Tuhan uji sebab Dia nak bagi kita pahala.

 
ps : Untuk menikmati pelangi penuh warna, Tuhan bagi kita hujan seketika ;)