oh cinta bg sy..
Cinta itu menyakitkan jiwa raga. Itu pernah aku kata. Manusia yang
pernah kecewa bercinta mesti mengatakan benda yang sama. Tapi kadang
kala aku terfikir cinta itu tidak sakit seperti disangka. Bersendiri
lebih sakit rasanya. Kena reject lebih pilu sebenarnya. Hilang seseorang
yang disayang jauh lebih seksa. Rasa dengki lebih teruk daripada
sakitnya cinta. Tapi kerana semua rasa itu berkait dengan cinta, maka
cinta yang jadi sasaran utama. Sedangkan cinta sebenarnya benda dalam
dunia ini yang menutup segala derita dan buat manusia rasa bahagia.
Jika anda sedang bercinta, teruskan.
Jika anda tidak bercinta, biarkan.
Ada
orang, bila putus cinta, mula bercakap tentang kematian. Mungkin mati
lebih baik daripada terus dihimpit seksaan percintaan. Anda rasa itu
bodoh, bukan? Sebenarnya tidak seperti yang disangkakan. Kenyataannya,
dia sedang meminta kekuatan. Dia tunggu seseorang datang menyelamatkan
dia dari gaung kesedihan. Tiada manusia mahu mati selagi dia belum dapat
apa yang dihajatkan.
Ada pula orang, sangat takut bila bersendirian. Memang senang dilihat
ketakutan itu dalam diri perempuan. Lelaki lebih selesa memendam
perasaan. Lelaki juga takut, tapi disimpan. Lelaki lebih takut jika dia
hanya setakat menjadi abang atau kawan. Sedangkan lelaki, sama seperti
perempuan, mahu menjadi segalanya bagi seseorang yang bergelar pasangan.
Jangan menyesal dengan cinta yang dihantui kegagalan. Semua yang
menggembirakan, itu kenangan. Semua yang menyedihkan, itu pengalaman.
Kita merancang, Dia yang tentukan.
"Easy come, easy go. People's come, people's go..."
Terimalah hakikat, diri kita cuma satu persinggahan sahaja. Anggaplah
kita umpama watak dalam buku cerita. Bila muka surat terakhir melabuh
tirai, semua cerita setiap watak terungkai. Dan anda letakkan buku itu
di tepi dan mulakan lagi dengan buku yang baru. Buku cerita yang lengkap
dengan watak, plot, tema dan semuanya yang berbeza dengan buku sebelum
itu. Sekarang, anda sedang fokus kepada satu watak baru dalam buku yang
baru, bukan watak buku yang dulu. Sama seperti hidup yang anda katakan
berliku. Yang berlalu, biarkan berlalu. Kuatkan semangat dan terus maju.
Sentiasa doakan dia bahagia tanpa kamu. Kerana kebahagiaan yang menanti
kamu lebih manis daripada yang dulu... :))
ps : aku x pernah takut untuk jatuh cinta lagi... :))
No comments:
Post a Comment