Sunday, 22 July 2012

hari ini aku jatuh cinta lagi.... :))

Watak dia dalam hidup aku cuma sekadar kawan. Tidak lebih dan tidak kurang. Malah aku juga tidak meminta lebih dari apa yang aku dapat sekarang. Aku tidak mahu kejadian kawan menjadi kekasih kemudian putus dan menjadi orang asing berulang. Perasaan itu aku dan dia faham. Tapi sampai hari ini tetap ada orang berkata kami masih seperti pasangan kekasih. Aku terima itu sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih.

Hari ini, dia bukan teman lelaki ataupun teman istimewa atau jejake yang bertakhta. Kami cuma kawan biasa yang belajar dari kesilapan silam yang pernah kami cipta. Tapi dia tahu banyak cerita tentang aku dan aku tahu banyak cerita tentang dia. Dan aku suka.

 

Aku suka cara dia menghargai aku. Sekurang-kurangnya dia mengenang budi daripada sesetengah orang yang lebih gemar membisu. Walaupun cuma sekeping mesej tapi dia buat aku tahu. Malah pernah dia buat aku terharu. Begitu juga aku. Menghargainya tanpa mengira waktu. Bila aku buntu, bila dia membantu, bila kami perlu. Bagaimana dia menghargai kehadiran aku, begitu juga aku.


Dia baik dan itu yang aku suka. Ini jawapan konkrit bila ada orang bertanya kenapa aku terlalu baik dengan dia. Walaupun ada orang kata dia talam dua muka, walaupun ada orang kata dia pendusta tapi aku lagi kenal dia. Walaupun pernah orang bertanya apa yang dia ada sampai aku jadi suke tapi jawapan aku tetap sama. Aku nampak semua yang orang lain tak nampak di mata.

Beberapa hari lalu dia menukar relationship status di Facebook daripada 'Single' kepada 'In a Relationship with...' dengan seseorang yang aku tak kenal siapa. Mungkin kekasih barunya. Dan sumpah, tiada langsung cemburu yang aku rasa. Malah aku gembira. Aku bahagia kalau dia bahagia.

 

Dia juga, tidak putus-putus bertanya tentang kekasih baru yang akan mengganti tempatnya. Aku cuma mampu ketawa. Aku bukan wanita yang gelojoh jatuh cinta. Tapi seperti dia kata, satu hari nanti akan ada orang menawan hati aku semula. Dan aku percaya.

Hari ini sekali lagi aku jatuh cinta.
Bukan dengan dia.

Aku jatuh cinta dengan persahabatan yang kami bina
:))

No comments:

Post a Comment