Maaf itu satu rasa
misteri yang tersembunyi. Aku pernah minta maaf dengan lampu kereta aku
yang pecah sebab aku tak hati-hati. Aku pernah minta maaf dengan jenazah
seekor kucing yang aku langgar sampai mati. Tapi ada orang susah nak
minta maaf sebab dia letak ego di tingkat atas sekali. Orang macam ni
elok pergi duduk dalam gua seorang diri.
Hari ini aku nak minta maaf lagi. Bukan dengan manusia tapi dengan diri aku sendiri...
Perut tolong maafkan aku
lagi sekali. Selama ini aku dah sakitkan kau tanpa aku sedari. Sebab nak diet biarkan kau kosong tak terisi. Sebab marah kan seseorang aku sanggup biarkan kau lapar sepanjang hari. Aku buat-buat
tak nampak kau menangis meminta suapan tak kira mee, nasi ataupun maggi.
Sebab aku kau terseksa sendiri.
Aku minta maaf dengan kau juga
mata. Maaf untuk semua air yang kau keluarkan walaupun kau tak rela.
Walaupun kau penat celik seharian aku tak bagi kau lena bila malam tiba
sebab nak kau temani aku setiap mase. Aku paksa kau tahan walaupun kau dah lembik
sepanjang hari terbuka. Aku biarkan kau merah menyala. Aku biarkan kau
merana.
Maafkan aku wahai otak dan kepala. Maaf sebab aku
selalu penuhkan kapasiti kau dengan memikir kan segala. Maaf sebab selalu
guna kau untuk berangan tentang masa depan aku dan dia bila kami tua.
Aku langsung tak pernah berterima kasih dengan kau walaupun kau sering
bagi aku idea. Maafkan aku otak sebab tak dengar kata kau supaya ikut ape yg aku mahu bkn ape yg mereka perlu.
Akhir sekali, maafkan aku hati. Kau yang merana
teruk sekali. Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi. Kau memang yang
paling hebat sekali walaupun kau yang parah tersakiti. Walau hangus
dibakar api dengki, walau hancur dipijak kaki berunsur benci, kau tetap
berfungsi...
Aku rasa aku buta. Sejak aku lahir kita dah
bersama. Tapi sebab sesuatu itu aku tinggal kamu
semua. Cuma maaf yang aku mampu kata. Aku janji aku akan jaga kau, kau,
kau dan kau juga. Jangan hanya sebab sesuatu perkare kita jadi gila.
ps : Sebelum kau percaya dengan sesuatu yang baru..kau perlu percayakan diri kau dulu ;)
No comments:
Post a Comment