Tuesday 20 November 2012

Harapan Yang Pergi ~


rasa ini menerpa
lembut menyentuh relung hati
tanpa sedar ia beraja
kukuh tersemadi..itu aku pasti
walau adakala aku menepisnya

wahai hati
kuatlah dikau..jangan dibiar lembutmu membinasakan
ku rela sepi bersama damai
derita bersulam nikmat..aku tak mahu
usah derita ini dia mengetahui
usah dihebah rasa ini walau penghuni itu hadir

biarkan aku begini
menyulam mimpi bersama cinta tersisa
jika takdir aku bukan utk selamanya berlabuh
sesungguhnya aku redha denganNYA
biarlah angan- angan itu berlalu
bahasanya hanya aku, kau dan DIA yang memahami
jika ada takdir dihujungnya..ku syukuri
namun harapan itu semakin pudar....

No comments:

Post a Comment