Monday, 11 November 2013

CINTA SEMPURNA ~


Selama ini hati dan akal sentiasa berfikir satu hubungan cinta yang sempurna bermaksud dua insan berkongsi rasa yang sama. Sesekali terlintas mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona. Bukan kerana rupa atau harta, tapi mungkin kerana budi pekerti dan ketaatan pada agama. Cinta juga mungkin ada bila salah seorangnya sanggup bersusah supaya yang seorang lagi gembira dan begitu juga sebaliknya.


Jika ditanya kepada sepuluh manusia maka akan ada sepuluh jawapan berbeza tentang cinta yang sempurna. Pasti juga akan ada yang tidak percaya.


Mendengar nasihat ummi sendiri kepada anak  gadis nya yang putus cinta bagaikan membuka mata yang tertutup seketika. Ini entah ke berapa kali dia bertanya anak gadis nye tentang lelaki yg dipuja. Jawapan yang diberikan melahirkan senyum dan sedikit nasihat dari wanita yang menyayanginya lebih dari yang dia rasa.


Cinta yang sempurna terjadi bila sepasang kekasih tidak putus asa sesama mereka. Bila yang seorang merasakan hubungan mereka hampir ke penghujung, yang seorang lagi akan berusaha gigih mengekalkan hubungan yang ada. Dan yang seorang tadi akan semakin cinta bila dia nampak pengorbanan yang dilakukan oleh kekasihnya.



Pernah aku mengharapkan cinta sempurna daripada seseorang pada satu masa dan ketika. Dan pada masa itu ada seseorang mengharapkan cinta sempurna daripada aku juga. Dan di penghujungnya, hanya jalan buntu. Aku gagal mendapatkan walaupun salah satu dari itu.


Aku masih gagal mencari erti cinta sempurna yang sebenarnya. Mungkin memang tiada. Bila terdetik sedemikian rupa, akan ada suara suara ghaib menghalang diri ini dari berputus asa.





 





















ps : Jangan menyerah supaya cinta sempurna itu kekal sebagai satu anugerah ;)
 

No comments:

Post a Comment