Wednesday 19 June 2013

Biar kan saje ekin... :)

Seringkali kita mengatakan kita tidak sempurna. Dan setiap kali itulah, orang lain akan mengatakan benda yang sama. Membandingkan tahap tidak sempurna antara satu sama lain. Semua orang mahu mengatakan hidup mereka jauh tidak sempurna daripada kita. Dan seterusnya. Realitinya, tiada seorang pun yang sempurna. Maksud aku, sempurna dari segi mental, bukan fizikal. Aku percaya tiada seorang pun yang hidup mereka sentiasa gembira. Walaupun setiap hari ada benda menggembirakan dalam hidup mereka, tetap tercalit segaris kesedihan dalam perenggan lain hari mereka. Segaris kesedihan? Hidup aku tercalit setompok.


kdg2 bile aku bercerita tentang sesuatu, ade yg pm aku di fb, ekin kisah kite serupa.aku senyum je, aku percaya walau kite x same, dunia kite berbeza, kau di timur aku di barat. pasti ade antara kita punye kisah yg serupa. Aku rasa, setiap masalah aku, bukan aku saja yang rasa. Walaupun kawan-kawan sekeliling aku takde masalah macam tu, mungkin kawan-kawan dekat blog ada. dkt fb ade Atau, manusia lain dalam dunia ni.


Lagipun, aku tak suka orang anggap hidup aku sempurna. Bila orang cakap aku sentiasa happy, aku hanya ade DIA. tempat aku luah bila aku susah. tp bila aku dah tak tahan aku tulis sesuatu, bile aku baca 10x hati aku lega. sbb ape ? sbb dunia aku dunia yg penuh dgn tanda tanya, dunia yg indah khabar dr rupa. Aku tak tunjuk emosi depan orang. Aku tak nak jadi orang yang 'spoil' satu-satu benda hanya sebab aku emo. I am smiling but that doesn't mean I am okay.


Bukan hidup namanya kalau tiada masalah. Cuma terpulang pada kita untuk memilih. Pendam, atau luahkan. Dan aku dah pilih salah satu. Aku bukan orang yang gembira setiap masa. Sebab ada masanya, aku cuma rumput yang dipijak dan diludah. ade mase nya aku di maki di hina sbb niat aku di salah erti. ade mase nye aku terpakse diam mengangguk bila org atur kan hidup aku pd usia 27tahun. aku senyum, aku ketawa dan yg paling ketara tiba2 masa ketawa ade airmate deras mengalir di pipi..siapa tahu ape aku rase?? hanya DIA... :)
 

















ps : biar luka seribu rasa..biar duka sejuta tawa...senyum dan redha dgn bahagian kita.. :))
 









 





No comments:

Post a Comment